7 Days (2010) – Pembalasan Dendam Si Bapa

4.5
(2)

“Kalau dunia ini tiada undang²..Sejauh manakah anda akan pergi untuk membalas dendam terhadap lelaki yang meragut maruah dan membunuh anak kecil anda?“

Tajuk : 7 DAYS (2010) 1h 55m

Sesuai dengan tema filem ini yang bertajuk “7 DAYS” ini Si Bapa sendiri menangkap dan mengurung si pelakunya selama 7 hari bagi menuntut bela atas kematian anaknya.

Filem yang bergenre Psychological Thriller ini mengisahkan Bruno Hamel seorang doktor bedah yang mempunyai keluarga yang bahagia sehinggalah suatu hari anak kecilnya Jasmine keluar untuk menghantar kad undangan ulang tahun mereka dan tidak pernah kembali semula setelah itu.

Kemudian Bruno dan isterinya mendapat panggilan daripada pihak polis mengatakan yang anak kesayangan mereka telah dirog@l, dibunuh dan mayatnya dijumpai disemak samun oleh seorang pedofil.

Kesabaran Si Bapa teruji dan mengambil tindakan sendiri..mana tidaknya!! Satu-satunya anak kesayangan mereka diperlakukan sekejam itu!!

Dalam filem ini akan berlakunya babak-babak intense dimana adanya penyeksaan secara psikologi sedikit demi sedikit yang berulang kali dan ini membuatkan si pelakunya lebih menderita lebih lama! Al-maklumlah Si Bapa seorang pakar bedah..so agak-agaknya apa yang bakal dilakukan oleh si bapa kepada si pedofil itu?!

Berbeza dengan sesetengah filem yang mempunyai tema/genre sama terus membunuh dan mematikan si pelakunya.

Overall Sis suka story telling yang disajikan dalam filem ini walaupun pacing agak perlahan, membuatkan emosi kita bercampur-baur..marah, sedih dan geram dengan apa yang berlaku..

7.8/10⭐️⭐️⭐️

TRAILER:

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Aireen

Aireen

❤️Movie lover, food lover..live life to the fullest!❤️