(Devil’s Whisper) Diinspirasikan dari kisah sebenar

4
(3)

DEVIL’S WHISPER (BISIKAN IBLIS) adalah sebuah filem tahun 2017 yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar yang pernah berlaku kepada seorang remaja lelaki, Alex Duran (lakonan Luca Oriel), berasal dari keluarga Latino American yang mempunyai impian dan cita-cita menjadi seorang paderi Katolik.

Alex yang hidup bahagia bersama ibubapanya dan adik perempuannya mula mendapat gangguan dari “IBLIS” yang jahat setelah dia menemukan sebuah kotak misteri di almari lama arwah datuknya. Tanpa menyelidiki asal usul kandungan kotak tersebut, Alex dan bapanya memecahkan kotak tersebut dan menjumpai seutas rantai Salib yang kemudian dipakai oleh Alex.

Namun apa yang dia tidak ketahui adalah, kotak misteri tersebut bukan sahaja mengandungi rantai Salib yang dimiliki oleh arwah datuknya. Tetapi dalam masa yang sama, Alex secara tidak sengaja telah membebaskan “Entiti Iblis” kejam dan jahat yang sebenarnya telah “DIKUNCI” bersama rantai Salib tersebut.

Ibu Alex marah dan kecewa dengan suaminya setelah mendapat tahu yang kotak arwah bapanya telah dipecahkan tanpa pengetahuannya. Sejak itu, Alex mula diganggu dan sentiasa dinampakkan dengan sebuah “LEMBAGA HITAM” yang sangat menakutkan. Kekadang Alex akan dirasuk oleh IBLIS tersebut dan membuatkan Alex hilang kewarasannya.

Hari makin hari, keadaan Alex tidak terurus dan bisikkan serta godaan dari IBLIS tersebut semakin rancak merasuki jiwanya. Satu persatu kejadian aneh dan mengerikan mula berlaku di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan sekolahnya juga turut menjadi mangsa kekejaman IBLIS tersebut.

Mampukah Alex mengalahkan Iblis tersebut yang telah menyeksa dan membunuh rakan-rakannya? Nampaknya Alex bena-benar perlu berusaha mencari jalan untuk menghapuskan Iblis itu sebelum ia meragut semua nyawa orang yang dikasihinya termasuklah dirinya sendiri!

Pada dasarnya, Devil’s Whisper membawa genre “Horror Supernatural” namun pada asasnya ia adalah sebuah filem seram psikologi yang agak “Slow Burn” namun masih cukup menarik untuk ditonton hingga akhir. Sis beri 7.5/10⭐⭐⭐

PELBAGAI PENGIKTIRAFAN

Filem yang diarahkan oleh Adam Ripp dan dihasilkan bersama Manoj Punjabi (penerbit filem dan televisyen serta pemilik syarikat produksi terbesar di Indonesia) ini juga telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya, Best Horror Feature dari Atlanta Underground Film Festival 2017, Best Supernatural Movie dari New Hope Film Festival 2017, Best Cinematography, Viewer’s Choice, Best Horror Feature dan Best Overall Feature Film dari The International Horror Hotel 2017. WOW!! Tak sangka filem ini begitu istimewa dan menarik perhatian para juri sehingga ia mampu mendapat pelbagai pengiktirafan di persada perfileman antarabangsa.

Apa yang lebih istimewa lagi, filem ini juga menampilkan Luna Maya yang membawa watak sebagai Dr. Dian seorang pakar psikiatri kepada Alex. Walaupun babak yang dilakonkan Luna Maya tidaklah banyak, namun sedikit banyak lakonan nya dalam filem ini mampu memberi impak positif.

FILEM INI ANDA JUGA BOLEH TONTON SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE YA!

Jom layan trailernya dulu!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI