HORROR SUPERNATURAL DARKNESS FALLS 2003

4
(1)

Pernah tengok filem seram Lights Out (2016)? Haha..yang ini dikatakan LAGI BEST dari filem Lights Out!

Bagi sis filem ini setaraf dengan Lights Out..jadi untuk sesiapa yang suka dengan jalan cerita Lights Out pasti akan suka dengan filem DARKNESS FALLS (2003) ini..HIGHLY RECOMMENDED!

Ringkasan Filem:

Suatu ketika dahulu ada seorang wanita bernama Matilda Dixon yang digelar sebagai THE TOOTH FAIRY di daerah yang dipanggil DARKNESS FALLS.

Matilda ini pula takut dengan cahaya lampu yang terang dan hanya muncul ketika waktu malam atau ketika ada tempat yang gelap sahaja!

Ramai anak-anak yang telah hilang atau mati dan menyebabkan ia menjadi satu URBAN LEGEND dikalangan anak² di daerah itu.

Salah seorang anak bernama Kyle Walsh telah menjadi mangsa tragedi mengerikan tersebut apabila ibunya telah dibunuh oleh Matilda ketika Matilda hampir ingin membunuh Kyle. Akibat dari kejadian itu, Kyle menjadi trauma sehinggalah dia meningkat dewasa.

Dan sehingga ke saat itu pun, Matilda si Urban Legend ini masih lagi menghantui Darkness Falls dan mula menghantui anak-anak lain di daerah itu.

Walaupun setelah bertahun-tahun berlalu, Kyle masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku kepada ibunya dahulu. Dan kini salah seorang anak di daerah itu memerlukan pertolongannya.

Review

Sis nak bagitau yang filem ini sangat underrated di Imbd dan rotten tomatoes. Jangan biarkan rating website mempengaruhi keinginan kita untuk menonton sesebuah filem kerana kita juga perlu baca keseluruhan review dari goggle users lain juga. Rata-rata ramai yang pertikaikan kenapa rating filem ini underated sgt. Jadi anda kena lah tonton dulu dan nilai sendiri ya baru adil kan?!

Untuk filem ini, sis nak bagi 7.8/10 bintang! Kerana elemen² seram dia memang menjadi dan boleh buat sis terpekik dan terkejut seorang-seorang. Ada juga beberapa babak JUMPSCARE tau!

Macam biasalah, nak dapatkan feel sis akan pasang earphone dan bergelap sebab nak merasai suasana seram itu. Haaa…jaga-jaga…suara mengilai si Matilda tu pun dah macam suara Pontianak dah!

Lagi satu, walaupun konsep antara Darkness Falls dan Lights Out nampak lebih kurang sama tetapi sub-plot nya masih berbeza ya. Kedua-dua filem pun ada kaitan dengan anak-anak kecil yang takut dengan entiti wanita yang berdendam dan dipengaruhi oleh cahaya. Cuma dari segi aksi-aksi melawan entiti tersebut, Darkness Falls BEST!!???

Filem ini anda perlu goggle search cari sendiri ya sebab filem lama. Insha Allah pasti jumpa!

Boleh layan TRAILERNYA disini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI