Easter Eggs Trailer Deadpool & Wolverine

0
(0)

Trailer pertama untuk Deadpool & Wolverine menampilkan koleksi reference menarik dan easter eggs kepada beberapa filem Marvel.

 

Menampilkan beberapa rujukan kepada francais Deadpool sedia ada, franchise X-Men Fox yang ditamatkan, dan keseluruhan MCU, Deadpool & Wolverine menjanjikan suatu pengembaraan multiverse dengan gaya epik.

 

 

Bermula dengan hari lahir Wade Wilson, trailer Deadpool & Wolverine baharu mengesahkan bahawa kisah perjalanan masa Deadpool pada penghujung Deadpool 2 akan dikekalkan.

 

Untuk itu, Wade kini menghadapi akibatnya yang melibatkan Time Variance Authority (TVA dari siri Loki). Konfrontasi ini yang nampaknya akan memasukkan Deadpool ke dalam MCU yang lebih besar.

 

 

Berikut adalah senarai semua rujukan serta reference dan easter eggs kepada filem Marvel lain dalam trailer pertama Deadpool & Wolverine.

 

Deadpool & Wolverine trailer dibuka dengan babak sambutan hari lahir Wade Wilson, yang menampilkan tetamu dari filem Deadpool sebelumnya. Ini termasuklah watak isterinya Vanessa dan pasukan X-Forcenya, walaupun mereka semua sudah terbunuh dalam Deadpool 2.

 

 

Ini mengesahkan bahawa kisah perjalanan masa Wade pada penghujung filem membawa mereka semua kembali memang canon dan berkait. Kemungkinan besar ini adalah punca mengapa TVA mahu menangkapnya.

 

 

Deadpool & Wolverine juga menampilkan pelbagai rujukan kepada MCU yang Wade nampaknya akan memasuki sepenuhnya melalui Mr. Paradox (Matthew Macfadyen) dari TVA yang menawarkannya peluang untuk menjadi hero.

 

 

Dari situ monitor TVA memaparkan adegan dari projek MCU yang dimainkan bersama-sama dengan beberapa easter eggs sepanjang trailer berlangsung.

 

 

Mr. Paradox menunjukkan Wade berbagai imej MCU yang mudah dikenali. Ini termasuk imej Iron Man dan keseluruhan senarai Avengers asal dari Age of Ultron. Gambar Thor yang dikuasi elektrik juga dipaparkan daripada penghujung filem Thor: Ragnarok.

 

Apa yang lebih melucukan apabila babak dari Captain America: The Winter Soldier dipaparkan pada monitor TVA.

 

 

Deadpool dengan segera memberikan tabik hormat kepada watak utamanya Captain America merujuk kepada sayangnya Wade Wilson terhadap Steve Rogers sepertimana di dalam komik.

 

Filem Deadpool & Wolverine dijangkakan tayang di pawagam seluruh dunia pada bulan 26 Julai tahun ini.

Tonton trailer penuh Deadpool & Wolverine.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI