INTERSTELLAR (2014) “Bikin Pecah Kepala!!”

5
(11)

INTERSTELLAR 

Sebut sahaja karya Christopher Nolan ramai juga yang geleng kepala kerana setiap filem yang beliau hasilkan akan mengganggu saraf pemikiran penonton buat sejenak. Senak juga kepala memikirkan plot penceritaan setiap karyanya.

Kisah Interstellar yang dianggap antara karya agung bagi genre sci-fi yang menceritakan tentang pengembaraan manusia ke dalam quantum masa untuk mencari tempat tinggal baru di angkasa lepas apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

 

Sinopsis mungkin mengandungi sedikit spoiler —

Filem yang berdurasi agak panjang, walaubagaimanapun kita memang tidak mahu terlepas setiap babak yang ada.

Kasih sayang seorang bapa, berkorban untuk menyelamatkan dunia dan zuriatnya. Dipertengahan misi, dikhabarkan pula berita disebalik misi, tujuan dan visi sebenar.

Kecewa dan hampa.

Si anak di bumi kesamparan ditinggalkan, mengetahui pula kebenaran dari mulut professor yang dipercayainya. Tapi bagi anak gadis itu, mengalah dan putus asa tiada dalam kamus hidupnya.

Kehidupan bapa dan anak terpisah di dua dunia berbeza, dengan jarak waktu yang amat jauh sekali. Perbezaan pergerakan masa membuatkan masa untuk bumi semakin singkat.

Bumi tidak lagi boleh didiami, tanaman tidak mampu tumbuh untuk menjadi sumber kehidupan buat makhluk.

Filem ni memang terbaik dan pastinya genius dalam setiap aspek,

Ramai yang suka, tidak kurang juga yang tidak menggemari. Tidak mengapa, filem itu subjektif. Kita raikan saja pendapat masing-masing.

INTERSTELLAR
9.5/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 11

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI