KRONOLOGI PEMBUNUHAN BRUTAL KISAH YANG DIINSPIRASIKAN DARIPADA FILEM ROMEO & JULIET KILLERS 2022

3.5
(2)

Tylar Witt baru berusia empat belas tahun ketika dia merancang pembunuhan ibunya. Menurut sumber dari perbicaraan yang diadakan di mahkamah, Tylar Witt telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki remaja yang jauh lebih tua darinya dan apabila ibunya mengetahui bahawa anak perempuannya terlibat aktif melakukan hubungan seksual, ibunya membuat keputusan untuk membuat tuntutan dan laporan tuduhan merogol gadis bawah umur terhadap teman lelakinya itu.

Kerana risau teman lelakinya akan dibawa pergi dan dipenjarakan, Tylar Witt merancang pembunuhan ibunya yang akhirnya ibunya mati ditikam sebanyak 20 kali tikaman dengan kejam di dalam bilik tidurnya.

Ketika mereka ditangkap, Tylar Witt telah memberi keterangan terhadap teman lelakinya dan sebagai ganti dia menerima hukuman yang lebih ringan iaitu 15 tahun penjara. Dan setelah itu dia perlu menjalani parol ketika umurnya 29 tahun.

Rentetan itu, Tylar Witt dikurangkan sabitannya daripada pembunuhan tahap pertama kepada pembunuhan tahap kedua. Manakala Steven Colver, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh Joanne Witt yang berusia 47 tahun pada 2009.

 

Bagaimana idea membunuh Ibunya sendiri boleh tercetus??

Tylar Witt mula membuat rancangan pembunuhan ibunya sendiri selepas Joanne Witt menemui catitan diari Tylar yang menggambarkan betapa Tylar dan Steven menikmati hubungan seksual mereka dan aksi-aksi seolah-olah seperti yang ada di Kamasutra juga menjadi aktiviti seksual yang kerap lakukan ketika tidak ketahui oleh ibunya.

Ibunya yang cukup terkejut membacanya, terus membuat aduan rogol berkanun terhadap Steven Colver dan memberikan polis diari anak perempuannya sebagai bahan bukti.

Bagi mengelakkan ibunya tampil sebagai saksi perbicaraan untuk tuntutan kes rogol itu, Tylar yang tidak berhati kemanusiaan itu sedikit pun menghasut Steve Colver untuk membunuh ibunya sekiranya mereka ingin hidup bersama selamanya.

Ketika perbicaraan hukuman di Placerville, California dijalankan, Michael Witt yang membersihkan darah kakaknya dari katilnya selepas dia ditikam 20 kali telah melepaskan kemarahannya dan menggelar Colver sebagai “S.O.B psikotik.”

Datuk Tylar, Norbert Witt, menuduh Colver di mahkamah membunuh anak perempuannya dan merosakkan cucu perempuannya dengan mendedahkannya kepada “narkotik dan seks yang berat.”

Namun disisi lain, belah pihak keluarga Steven Colver yakni ibu Steven berikrar untuk merayu keputusan itu, berkata dia masih percaya cerita anaknya sendiri bahawa Tylar menikam ibunya sebelum Steven tiba di rumah.

Tylar pula memberi keterangan ketika perbicaraan bahawa mereka merancang untuk melakukan tikaman itu bersama-sama, tetapi apabila Colver memasuki bilik tidur ibunya, dia tinggal di luar dan mengatakan yang dia hanya mampu meletakkan tangannya untuk menutup telinganya.

Untuk mengikuti lanjutan perbicaraan penuh kes ini, anda boleh layari https://mycrimelibrary.com/tylar-witt-teen-killer/

Dan melalui kisah inilah, sebuah filem telah diadaptasi dengan tajuk “ROMEO & JULIET KILLER (2022) yang anda boleh tonton secara streaming melalui TUBI ORIGINAL.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI