The Possession of Hannah Grace (2018)

5
(6)

“Mayat Yang Dirasuk Oleh Kuasa Syaitan”

SEMESTINYA SALAH SATU FILEM BERGENRE SERAM THRILER DAN MISTERI YANG LAYAK UNTUK DITONTON!

Bagi sesiapa yang belum tahu, filem ini mempunyai tema yang sama dengan The Autopsy of Jane Doe (Kalau belum tonton Jane Doe lagi, boleh lah masuk senarai tontonan anda). Untuk filem ini bezanya, “The Possession of Hannah Grace” menggunakan mayat sebenar dan boleh bergerak atau hidup semula, sedangkan Jane Doe hanya terbaring sahaja dengan visual ekspresi wajahnya yang agak menegangkan.

Disebabkan watak “Hannah Grace” banyak pergerakan, ekspresi wajah yang berubah-ubah, merangkak, merayap, mengeluarkan suara yang menyeramkan malah membunuh dalam filem ini, menjadikan ia salah satu aspek utama yang paling min suka! Dan watak Hannah yang dibawa oleh Kirby Johnson, sememangnya menjadi dan cukup mencengkam bagi sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya. That’s CREEPY okay!!

Solekan yang dikenakan untuk watak Hannah Grace pun “ON POINT” menakutkan dan mampu memberikan perasaan sebenar ia dirasuk syaitan, cukup realistik! Muzik yang mengiringi setiap babak suspen pun boleh menimbulkan suasana yang tidak tenang untuk kita yang menontonnya. Yang pasti Hannah Grace akan membuatkan anda semua terpaku! Adakah anda bersedia mengalami pengalaman ini bersama Hannah Grace?

Megan Reed (Shay Mitchell) yang merupakan seorang bekas polis wanita yang hidupnya penuh dengan masalah dan dilanda depresi sejak kematian rakan setugasnya yang ditembak oleh penjenayah.

Sahabat baiknya, Lisa Roberts yang amat prihatin terhadap nasib dan kondisi Megan telah menawarkan Megan untuk bekerja di bilik mayat di sebuah hospital.

3 bulan setelah itu, Megan yang sedang bertugas shif malam telah menerima penghantaran sekujur mayat yang kelihatan agak mengejutkan. Mata yang terbuka, badan yang lebam kebiruan, leher yang hampir putus dan badan yang penuh dengan luka. Satu pemandangan yang cukup”Disturbing” bagi Megan yang ketika itu perlu bertugas bersendirian di bilik mayat tersebut.

Sejak itu satu persatu kematian yang mengerikan terjadi. Ditambah dengan Megan yang terkunci di ruang bawah bilik mayat yang sunyi, suram dan dingin bersama mayat Hannah Grace. Megan mula merasai pelbagai kejadian aneh yang berlaku di sekelilingnya dan dia kemudian sedar bahawa terdapat entiti jahat yang berada di dalam mayat tersebut.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI