6 Filem Seram Thailand yang Menakutkan!

0
(0)

Sebagai peminat filem seram, filem Thailand memang menjadi pilihan satu kerana sudah dikenali dengan kehebatan filem-filem seram mereka yang menakutkan. Selain berjaya membuatkan penonton ketakutan, filem seram Thailand juga menyajikan jalan cerita menarik dan penonton tidak merasa bosan apabila menonton filem-filem ini.

Terdapat banyak jumpscare dan penampakan mengerikan hantu yang menaikkan adrenalin dan membuatkan pengalaman menonton semakin menarik.

Berikut ini adalah pilihan 10 buah Filem seram Thailand lagenda yang perlu anda tonton!

1. Shutter (2004)

Shutter merupakan salah sebuah filem seram Thailand popular dan merupakan antara filem pertama yang memperkenalkan genre seram khas Thailand ke pasaran Amerika Syarikat.

Shutter menceritakan tentang seorang juru gambar muda dan teman wanitanya yang menemui bayangan misteri di setiap gambar mereka selepas mengalami kemalangan tragis.

2. 4bia (2008)

4bia adalah sebuah filem seram Thailand yang menampilkan 4 buah kisah berbeza dalam sebuah filem. Seperti Black Mirror, setiap kisah 4bia mempunyai plot cerita dan pelakon berbeza-beza.

Dalam setiap cerita, penonton akan dibawa menerokai kisah setiap watak yang mempunyai keunikan dan cerita seram tersendiri.

3. Laddaland (2011)

Laddaland adalah kisah tentang sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah kejiranan yang menyebabkan mereka menghadapi banyak kejadian paranormal yang mengerikan yang membuatkan mereka hampir gila.

4. The Eye (2002)

The Eye menceritakan tentang seorang pemain biola berumur 20 tahun yang cacat penglihatan selama 18 tahun dan akhirnya mendapat kembali penglihatannya apabila menjalani pembedahan pemindahan kornea. Selepas pembedahan selesai, hidupnya mula kacau bilau apabila dia mula melihat hantu yang mengerikan. 

5. 6:66 Death Happens (2009)

Hidup dan mati ada di tangan takdir. Dao, seorang wartawan, mendapat sebuah kisah menarik sewaktu dia menyaksikan pembunuhan seorang ahli perniagaan. Dao berjaya melarikan diri sewaktu dia menjadi sasaran tembakan. 

Tetapi, sewaktu dia memandu, dia mendapat panggilan telefon yang mengatakan bahawa ayahnya baru sahaja membunuh diri dan cuba untuk membakar rumahnya, bermulalah peristiwa-peristiwa aneh yang membuatkan Dao kebingungan dan ketakutan. 

6. Pee Mak (2013)

Sedikit berbeza dari filem yang lain, filem ini dikemaskan dengan sentuhan komedi. Filem ini diangkat dari cerita rakyat Thailand. Selepas pulang dari perang, Mak mengajak keempat-empat kawan askarnya untuk ke rumahnya.

Setibanya di sana, mereka menyaksikan kampung halaman Mak itu diganggu oleh hantu. Keempat-empat sahabat itu mendengar khabar angin bahawa hantu itu adalah isteri Mak iaitu Nak.

Demikian sahaja pilihan filem seram Thailand yang perlu anda tonton, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang menonton filem-filem seram lagenda dari negara Gajah Putih ini! 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI