Roh Gentayangan – Nang Nak (1999)

5
(5)

Apakah filem Thai seram pertama yang membuatkan anda mengalirkan air mata? Bagi min, “Nang Nak (1999)”. Mula-mula dulu tonton filem ini selepas SPM tahun 2000. Melalui “Nang Nak” la, min mula suka tonton filem bergenre seram terutama yang dari Thai dan Indonesia. Dan bagi Min kisah Nang Nak ini sangat istimewa kerana tanpa perlu ada sebarang penampakan hantu pun, ia mampu mencipta ruang dan suasana yang menyeramkan yang jarang kita temui di mana-mana filem seram masa kini.

Dan setelah 22 tahun, malam tadi untuk kali keduanya min tonton semula filem ini di NETFLIX. Oh dear, seronoknya perasaan seperti kali pertama menonton tau! NOSTALGIA BETUL!! Emosi masih tetap sama seperti 22 tahun lalu. Suara “Nak” ketika menangis pun masih boleh buat tengkuk min meremang apatah lagi tonton waktu lewat malam. Bagi yang belum pernah tonton lagi filem ini atau bagi yang ingin mengulangi tontonan filem ini masih boleh layan di Netflix ya, sementara masih ditayangkan lagi.

Seperti kebanyakan kita sedia maklum Nang Nak merupakan sebuah kisah legenda di Thailand mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang tinggal di pedalaman Thailand yang dikelilingi dengan hutan belantara dan dipisahkan melalui laluan sungai yang juga merupakan satu-satunya laluan pengangkutan mereka.

Mak (Winai Kraibutr) suami kepada Nak harus meninggalkan Nak (Intira Jaroenpura) untuk pergi berperang yang ketika itu Nak tengah sarat mengandung anak pertama mereka. Pemergian Mak membuatkan Nak sangat sedih dan murung kerana pada asalnya Nak tak sanggup lepaskan Mak.

Setelah itu, setiap hari Nak pasti akan menunggu kepulangan Mak dengan setia hinggalah Nak telah melahirkan anak mereka, dan dia masih lagi menanti ditepi tebing sambil menggendong bayinya itu.

Kemudian kita akan dibawa ke babak lain, dimana klimaks filem ini mula terasa selepas Mak pulang dari medan perang. Maka bermulalah sedikit demi sedikit kejutan yang kita akan disajikan sepanjang filem ini. Kejutan paling nyata, rupanya Nak telah meninggal dunia ketika sedang berjuang untuk melahirkan bayi mereka. Namun Mak masih belum tahu tentang kematian Nak dan bayi mereka dan menjalani kehidupan bahagia mereka seperti sebelumnya. Sehinggalah…

Walaupun filem ini disunting pada tahun 1999 namun sinematografi yang dipaparkan cukup jelas, cantik dan berlatarbelakang suasana yang suram dan gelap cukup memberi perasaan yang mencengkam. Alunan muzik yang diiringi bersama setiap babak-babak ketika kemunculan Nak menambahkan lagi elemen-elemen seramnya yang bagi min memang “ON POINT”!

Bagi min juga filem ini cukup istimewa di hati min kerana ia mengisahkan tentang tragedi seorang wanita, seorang isteri yang begitu setia terhadap suaminya hinggalah hari kematiannya pun dia masih tidak dapat meninggalkan suaminya untuk ke alam barzakh. Dari segi spiritual, Nak adalah roh yang tidak tenang dan bergentayangan, sesat di alam manusia kerana tidak sanggup meninggalkan suami yang tercinta.

Sebelum mula tonton filemnya, jom kita layan dulu trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI