VIN DIESEL MEMPERINGATI 8 TAHUN KEMATIAN PAUL WALKER

5
(6)

Nampaknya persahabatan antara Vin Diesel dan mendiang Paul Walker kekal hidup sehingga kini. Vin Diesel sering memperingati sahabatnya itu yang juga merupakan bintang bersama dalam francais filem Fast and Furious.

Vin Diesel sering memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan menyatakan tentang kerinduan yang ditanggung olehnya sejak Paul Walker meninggal dunia.

Baru-baru ini Vin Diesel telah mendapat penghormatan untuk menemani anak perempuan mendiang Paul Walker iaitu Meadow Rain Walker sewaktu majlis perkahwinannya. Vin Diesel diberi penghormatan untuk memimpin tangan dan mengiringi Meadow Walker ke upacara perkahwinan anak perempuan kesayangan Paul Walker tersebut.

Terbaru Vin Diesel telah mengambil peluang untuk berjumpa dengan adik lelaki mendiang sahabatnya itu iaitu Cody Walker. Mereka bertemu dalam satu acara pameran kereta yang diberi nama FuelFest.

Pertemuan Vin Diesel dan Cody Walker telah menandakan lapan tahun pemergian Paul Walker akibat kemalangan jalan raya yang tragis. Vin Diesel masih mengingati dan mengenang persahabatan dan kenangan antara mereka sehingga ke hari ini. Nampaknya hubungan kekeluargaan antara keluarga Vin Diesel dan Paul Walker amat rapat.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI