5 MOVIE GENRE THRILLER

3
(2)

1.PSYCHO (2020)

Kisah seorang lelaki buta yang cuba untuk menyelamatkan mangsa seorang lelaki psycho. Lelaki psycho tersebut adalah pembunuh bersiri dimana setiap mangsanya telah diculik dan kepala meraka telah dipenggal dengan kejam. Kebanyakkan mangsa beliau adalah perempuan.

RATE 8/10

 

2.THE BODY (2019)

Mengisahkan seorang polis yang cuba menyelesaikan kes mayat seorang jutawan wanita yang telah hilang di makmal forensik. Wanita tersebut adalah wanita muda yang tidak mempunyai keluarga hanya mempunyai suami. Ketika suami wanita tersebut sampai ditempat kejadian si suami telah di siasat oleh polis atas kehilangan mayat isteri nya. Sepanjang suami wanta tersebut berada di makmal forensik tersebut banyak kejadian pelik yang berlaku keatas si suami apakah kejadian itu??? Bagaimanakah mayat wanita tersebut boleh hilang??

RATE 9/10

 

 

3.FORENSIC (2010)

Seorang pakar forensik yang hebat telah di tugaskan untuk menyelesaikan kes kanak-kanak hilang dan mayat kanak-kanak tersebut telah dicampakkan ke tempat pembuangan sampah. Kes menjadi rumit dimana tiada bukti dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut. Hasil dari siasatan suspek adalah pembunuh bersiri yang telah aktif membunuh sejak 10 tahun yang lalu. Selama 10 tahun telah banyak kejadian yang telah berlaku.

RATE 9/10

 

4 LILLI (2018)

Lilli yang sedang sarat mengandung mendapat panggilan dari seorang yang tidak dikenali yang menyatakan suaminya telah mengalami kemalangan di suatu tempat. Lilli yang risaukan keadaan suaminya bergegas memandu keluar mencari suaminya. Semasa mencari lokasi kemalangan suaminya, Lilli telah dilanggar oleh sebuah kereta. Lilli telah diculik oleh 3 orang lelaki yang tidak dikenali. Lilli dibawa ketempat yang tidak diketahui lokasinya. 3 lelaki tadi meminta maklumat tentang seorang budak perempuan. Lilli telah diugut jika dia tidak bekerjasama anak dalam kandungannya dibunuh. Apakah kaitan Lilli dan kanak-kanak perempuan tersebut sehingga Lilli telah diculik? Siapakah dalang disebalik penculikkan Lilli? Apakah motif sebenar Lilli diculik? Apakah nasib bayi dalam kandungan Lilli?

RATE 8/10

 

 

5. IRUL (2010)

Mengisahkan perjalanan Alex & Archana untuk pergi bercuti kesuatu tempat setelah sibuk dangan jadual kerja masing-masing. Di dalam perjalanan kereta mereka telah rosak di kawasan yang sunyi. Disebabkan keadaan yang gelap dan hujan yang lebat mereka berdua telah bersetuju meninggalkan kereta dan mencari tempat untuk berteduh dan ingin meminjam telefon. Mereka berjalan dalam keadaan hujan yang lebat sehingga terjumpa sebuah rumah. Penghuni rumah tersebut mengajak mereka masuk kedalam rumah. Sedang mereka bertiga rancak berborak tiba-tiba elecric terputus. Penghuni rumah tersebut mengajak alex menemaninya ke basement unuk memeriksa suis electric. Semasa di basement kejadian buruk sudah berlaku apakah kejadian buruk tersebut? Siapakah pemilik rumah tersebut?

RATE 8/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI