7 Filem Kanibalisme Yang Meloyakan Dan Mengerikan

5
(1)

THE FARM (2018)

Mengisahkan sepasang suami isteri yang dalam perjalan untuk bercuti ke sebuah kabin di kawasan terpencil. Malangnya dalam perjalanan kereta mereka telah kehabisan minyak dan mereka memutuskan untuk berehat di sebuah pekan kecil. Keesokan harinya setelah mereka bangun dari tidur, keadaan mereka sangat mengerikan dimana mereka berdua telah dikurung didalam sebuah sangkar besar. Mereka bakal dijadikan sajian penduduk di pekan tersebut.

THE CANNIBAL CLUB (2018)

Sebuah filem dari Brazil yang mengetengahkan Kanibalisme didalam golongan VVIP sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan daging manusia yang berkualiti tinggi.

MEAT GRINDER (2009)

Sebuah filem Thailand yang menjadi perbualan hangat pada tahun 2000-an, dimana filem berunsurkan Kanibalisme jarang diketengahkan didalam filem-filem horror di Asia Tenggara. Meat Grinder mengisahkan kisah sedih seorang ibu tunggal yang cuba mengharungi kehidupannya dengan menjual sup daging kepada pelanggan untuk menampung kehidupannya bersama anak perempuannya yang cacat.

WRONG TURN (2003 – 2021)

Filem ini menjadi salah satu kegemaran penonton yang meminati filem berunsurkan Kanibalisme. Filem ini mempunyai sebanyak 7 francais sepanjang tahun 2003 sehingga 2021.

THE SILENT OF THE LAMBS (1991)

Sebuah filem klasik horor yang mengisahkan seorang Ejen FBI yang perlu menemubual seorang banduan yang paling bahaya di dalam sejarah.  Temubual hanyalah sebuah penyelidikan bagi menangkap seorang pembunuh bersiri, dimana semua mangsanya dibunuh dengan kejam dan sadis.

GNAW (2008)

Mengisahkan sekumpulan remaja yang bersiar-siar didalam hutan untuk menghabiskan cuti dihujung minggu mereka. Didalam hutan yang tebal itu mereka jumpa sebuah rumah yang sangat cantik. Apabila mereka masuk kedalam rumah tersebut terlihat tiada siapa-siapa disitu, meja makan juga dipenuhi dengan makanan yang enak-enak. Mereka semua memutuskan untuk bermalam di rumah itu. Apa yang mereka tidak tahu rumah tersebut adalah rumah yang didiami oleh pemakan daging manusia yang sedang menunggu habuannya.

WE ARE WHAT WE ARE (2013)

mengisahkan sebuah keluarga yang duduk didalam sebuah hutan yang berdekatan dengan sebuah bandar kecil. Keluarga ini menganut agama yang memakan daging manusia. Selepas kematian ibu, anak perempuan dalam keluarga tersebut perlu mengambil alih tugas untuk memburu manusia. Selepas ribut melanda kawasan tersebut, seorang pemburu telah menemui cebisan tulang manusia di kawasan sungai berhampiran. Setelah melaporkan kejadian tersebut, polis menyiasat  dengan lebih terperinci tentang kes kehilagan orang. Mereka mendapati sejak 20 tahun seramai 30 orang telah dilaporkan hilang dikawasan bandar itu.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI