PELAKON DEDAHKAN ENDING FILEM SPIDER-MAN

5
(4)

Salah seorang pelakon filem Spider-Man: No Way Home tidak dapat menanggung beratnya menyimpan segala rahsia berkenaan filem tersebut dan mula mencari jalan untuk lepaskan segala spoiler dalam kepala.

Namun dengan tahap penyimpanan rahsia Marvel yang sangat tinggi, memang langsung tiada tempat untuk membincangkan spoiler filem tersebut secara selamat.

Hanya ada satu sahaja tempat untuk meluahkan segala rahsia tentang filem yang dipendam di dalam kepala. Dengan berjumpa pakar terapi!

Itulah yang dilakukan oleh Marissa Tomei. Di dalam sebuah wawancara terbaru bersama wartawan, Marissa mengatakan “hanya pakar terapi saya sahaja yang mengetahui pengakhiran filem Spider-Man: No Way Home”

Pelakon watak Aunt May itu menambah yang dia perlu mengangkat sumpah untuk merahsiakan namun dalam masa yang sama dia masih perlu untuk meluahkan. Jadi dengan itu dia mengambil jalan dengan meluahkan kepada pakar terapi yang merawatnya. Ini kerana pakar terapi itu perlu menyimpan apa sahaja yang telah dikongsi oleh pesakit sewaktu dalam sesi terapi.

Nampaknya begitu dahsyat tekanan yang perlu dihadapi oleh pelakon-pelakon filem terbaru Spider-Man ni. Dengan pelbagai soalan dari peminat dan juga wartawan yang tidak putus mahukan info eksklusif dari filem tersebut.

Maka tidak peliklah kenapa Marissa Tomei perlukan khidmat pakar terapi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI