10 FILEM KOREA BERDASARKAN PERISTIWA SEBENAR

5
(2)

Menonton filem boleh meluaskan imaginasi orang, membangkitkan imaginasi dan membolehkan orang ramai merasai semua jenis gaya hidup.

Tetapi tahukah anda bahawa tidak semua filem adalah hasil imaginasi luas pembuat filem kerana sesetengah daripadanya sebenarnya berdasarkan kehidupan sebenar. Berikut ialah beberapa yang anda tidak akan tahu berdasarkan peristiwa sebenar.

 

1 .Memories of murder

Berkisar tentang kejadian rogol dan bunuh beberapa oranag wanita di wilayah kecil di Korea sekitar tahun 1986. Pada masa yang sama 2 detektif bergelut untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri tersebut.

2.Don’t cry Mommy

Mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba membalas dendam terhadap remaja lelaki yang telah merogol anak perempuannya

3. The Attorney

Seperti tajuk filem, The Attorney mengisahkan seorang peguam cukai yang telah menjadi peguambela untuk sekumpulan pemuda yang menentang kerajaan korea pada waktu itu.

 

4. Silenced

Mengisahkan tentang sebuah sekolah untuk kanak – kanak kurang upaya pekak dan bisu. Sebahagian pelajar disitu telah diserang secara seksual oleh ahli fakulti di sekolah teresbut. Seorang aktivis hak asasi manusia, Gang In ho membongkar dan cuba menghentikan serangan seksual terhadap pelajar – pelajar di sekolah itu

 

5. Hope

“ Hope” juga dikenali sebagai “Wish”, mengisahkan tentang kanak – kanak perempuan dalam perjalanan kesekolah telah diculik, dipukul, dan dirogol dengan kejam  oleh seroang lelaki mabuk yang tidak dikenali dan dibiarkan bersendirian. Nasib menyebelahi kanak – kanak tersebut, dia masih hidup dan berusaha mencari harapan untuk pulih.

 

 

6. Whistle blower

Filem ini menggambarkan peristiwa kehidupan sebenar seorang penyelidik terkenal di Korea yang memalukan. Seorang “Anonymous” telah mendedahkan penyelidik ini telah melakukan kerja – kerja yang tidak beretika.

 

7. Han Gong Ju

Filem ini berkisar tentang seorang gadis sekolah tinggi yang terpaksa melarikan diri dari sebuah siasatan.

 

 

8. Miracle in cell No. 7

Tidak perlu diceritakan lagi, filem ini sering menjdi tempat pertama di hati peminat filem korea, kerana kisah antara bapa anak yang sangat menyayat hati dan dikelilingi rakan sama sel yang baik dan sangat memahami.

 

9. The chaser

Mengisahkan seorang detektif yang sedang menyelesaikan kes seorang pembunuh bersiri setelah beberapa orang pelacur telah hilang.

10. Voice of murderer

Film yang mengisahkan tentang kisah sebenar penculikkan Lee Hyung Ho yang pada ketika itu hanya berusia 9 tahun. Kisah ini belatar belakang tahun 1991 iaitu pada tahun semasa penculikkan sebenar yang berlaku.

 

 

Antara banyak-banyak filem korea ini mana satu pilihan anda?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI