HOPE (2013) – kisah benar kanak-kanak mangsa pedofilia

5
(13)

Pada hujung tahun 2008 negara Korea Selatan dikejutkan dengan berita serangan seksual dan fizikal menyayat hati yang telah berlaku ke atas seorang anak kecil perempuan bernama Na Young. Na Young yang ketika itu berusia 8 tahun telah dirogol dan diseksa oleh predator seks keji yang telah berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Cho Doo-soon.

Lebih menggemparkan dan menimbulkan kemarahan masyarakat pada waktu itu adalah apabila perogol Na Young hanya dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara. Hukuman itu dianggap tidak setimpal kerana kecederaan kekal dan trauma yang dihadapi oleh Na Young tidak terkira azabnya.

Difahamkan Na Young sedang berjalan kaki untuk ke sekolah apabila dia diculik oleh pedofil Cho Doo-soon. Na Young yang tidak berdaya telah diheret ke dalam tandas awam sebuah gereja dan disitulah si syaitan Cho Doo-soon melampiaskan nafsunya.

Cho Doo-soon memaksa Na Young melayan kehendak nafsu serakahnya namun kanak-kanak itu menolak. Na Young dicekik, dipukul dan dilemaskan dalam air. Pipi anak gadis itu turut digigit. Na Young diseksa hingga pengsan, kemudian Cho Doo-soon berterusan merogol dan meliwat Na Young tanpa rasa berdosa.

Paling meruntun hati apabila Cho Doo-soon yang mabuk ketika itu telah menjolok kemaluan dan dubur Na Young untuk menyedut keluar kesan air maninya. Dia menjolok dengan menggunakan paip getah dan kononnya mencuci dalaman kemaluan dan dubur mangsa dengan kelajuan air yang tinggi. Usus mangsa terkeluar,namun ditolak masuk semula oleh perogol berhati binatang itu.

Akibat serangan seksual dan keganasan fizikal yang keterlaluan tersebut, Na Young kini mengalami kecacatan kekal. 80% bahagian alat sulit dan duburnya hilang fungsi ,begitu juga dengan kerosakan kekal organ dalamannya.

Sangat jijik,menyedihkan dan meruntun jiwa. Bertitik-tolak dari peristiwa hitam keji tersebut, industri perfileman Korea Selatan telah menghasilkan sebuah filem bertajuk HOPE yang menceritakan keperitan dan perjuangan Na Young dan keluarganya.

Filem yang meruntun jiwa ini dilakonkan oleh Lee Re, Sol Kyung-gu, Uhm Ji-won, Kim Hae-sook dan Kim Sang-ho. Filem arahan Lee Joon-ik ini telah memenangi Anugerah Filem Terbaik di festival filem 34th Blue Dragon Film Awards.

Filem ini juga turut dihasilkan dalam versi Tamil, sebuah remake yang diberi tajuk Nisabdham.

Sebuah filem yang benar-benar membuatkan air mata penonton berjejeran. Dunia yang kejam dan tiada pembelaan.

Untuk info, Cho Doo-soon penjenayah berhati iblis bernafsu binatang itu telah dibebaskan dari penjara pada tahun 2020 dan kini dia tinggal bersama isterinya. Kediamannya hanya jarak 1km dari tempat tinggal Na Young. Sebuah pengakhiran yang amat menyakitkan hati!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 13

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI