The Final 2010 (Spoiler Alert!!)

5
(1)

Title: The Final

Genre: Horror, Thriller, Crime

Filem ini dimulakan dengan seorang remaja memasuki sebuah restoran. Dia mempunyai muka yang cacat dan kehilangan sebahagian jarinya seperti telah dipotong. Disebabkan keadaannya itu dia telah menarik perhatian pengungjung di restoran tersebut. Dia pun keluar sambil menangis, semasa didalam kereta dia mengimbas kembali apa yang telah terjadi.

Disebuah sekolah tinggi dimana kejadian buli sering berlaku. Ketika Ravi sedang belajar dia telah dibuli oleh Bradley dan Bernard. Emily pula sering diganggu oleh tiga sekawan ini iaitu Heather, Bridget, dan Kelly

Semasa Ravi di buli oleh Bradley dan Bernard di tandas sehingga kemera Ravi telah pecah, Dane yang ingin menolong Ravi juga membuli Dane dan akan sentiasa membuli mereka.

Seperti orang buangan di sekolah sendiri Ravi, Dane, Emily,Andy, dan Jack telah memutuskan untuk mengambil kerja tuhan iaitu balas dendam dengan cara yang sangat kejam. Mereka telah merancang untuk membuat sebuah parti kostum yang akan diadakan di sebuah rumah yang terpencil peninggalan pakcik Dane.

Sebelum parti tersebut berlangsung, Dane dan Jack telah memasang perangkap disekitar kawasan hutan disekeliling rumah tersebut.

Pada malam yang dinantikan kesemua pembuli tersebut telah datang ke parti tersebut. Mereka bergembira dan berpesta. Ketika mereka sedang bergembira, air minuman mereka telah diletakkan dadah sehingga mereka semua yang hadir pengsan.

Ketika mereka semua sedar, tangan dan kaki mereka telah di rantai memggunakan rantai besi. Walaupun ada seorang dari kumpalan itu yang sering membantu Ravi dan rakan-rakannya yang lain walaubagaimana pun Dane tetap meneruskan rancangan mereka untuk membalas dendam.

Mangsa pertama adalah Miles, Miles menjadi mangsa pertama kerana Miles memaki hamun Dane dan rakan-rakannya yang lain. Miles telah ditembak dengan senapang angin buatan Jack sehingga mukanya kopak dan lututnya hancur.

Dane membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin melepaskan diri dan menyelamatkan rakan-rakan yang lain. Tommy telah mengambil peluang itu, tetapi semasa Tommy melarikan diri dia telah dikejar oleh pengikut Dane dan kakinya pula telah tersangkut pada perangkap beruang di dalam hutan yg berdekatan dengan rumah tersebut. Tommy dan Miles telah diletakkan didalam satu bilik keadaan mereka sangat parah.

Pada masa yang sama Ravi telah sembunyi-sembunyi mencampakkan kunci disebelah Kurtis, dimana Kurtis laa yang sering membantu mereka. Semasa Kurtis melarikan diri Dane menimbak Kurtis tetapi Kurtis bertuah tiada peluru terkena padanya. Kerana Ravi telah menghalang Dane. Disebabkan Ravi telah menghalang Dane dia telah ditikam oleh Dane kerana telah melanggar sumpah mereka.

Dihutan Kurtis berlari untuk menyelamatkan diri dari orang suruhan Dane. Dia ternampak sebuah kereta polis di tepi hutan tersebut, tetapi malangnya polis tersebut telah ditembak oleh orang suruhan Dane.

Kurtis mengambil pistol polis tersebut dan lari kerumah jiran yang berdekatan. Semasa dia mengetuk pintu rumah tersebut, dia telah diserang oleh tuan rumah tersebut kerana dia mempercayai Kurtis ingin merompaknya. Dia di serang sehingga pengsan. Setelah Kurtis sedar, dia telah diikat di kerusi oleh tuan rumah tersebut.

Dapatkah Kurtis menyelamatkan rakan-rakannya yang lain? Apakah nasib pembuli yang suka membuli pelajar lain? Apakah nasib yang bakal menimpa Jack, Dane, Andy, Ravi, dan Emily?

Saksikan semua kisah pembalasan dendam mereka yg sering dibuli oleh sekumpulan pelajar di dalam “The Final”

Trailer

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI