Saya Pergi Sebagai The Rock, Balik Sebagai Adam – The Rock

5
(1)

Pada pertama kalinya The Rock bakal menghadiri acara Comic-con di San Diego, California pada bulan ini. The Rock membawa filem Black Adam ke acara tersebut.

Filem DC tersebut telah mengeluarkan Trailernya pada awal tahun ini dan berkemungkinan besar Filem Black Adam bakal ditayangkan pada Julai ini.

Satu hantaran video di akaun Instagram milik The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson 50, mengajak kesemua peminatnya pergi ke acara Comic-Con.

” Kepada semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, dan semua peringkat umur. Bersiaplah kerana khabar angin yang anda dengar itu benar. Anda perlu bersiap sedia kerana siapa yang akan datang…”lelaki yang paling menggembirakan di seluruh DC Universe!”

Tambah The Rock lagi didalam hantaran video itu.

” Saya pergi sebagai The Rock, saya balik sebagai Adam!”

acara terkenal Comic-Con, bakal diadakan di San Diego California pada 23 julai ini.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI