Mismatched Couple 1985

4.5
(2)

Dalam filem ini Eddie(Donnie Yen) memainkan watak yang suka Breakdance dan berminat dengan Anna, tapi sepupu Eddie iaitu Stella, menyukai dia secara rahsia.

Anna mempunyai seorang pengawal keselamatan yg tidak suka Eddie menghampiri Anna. Dalam rancangan Eddie untuk membalas dendam dekat pengawal peribadi itu, dia tertarik perhatian seorang jaguh kungfu dan ingin berlawan dengan Eddie

Mini, seorang yang bernasib malang dan asyik menemui masalah, sehinggalah dia bertemu Eddie. Kemudian, Eddie dengan niat baik pelawa Mini bekerja di restoran kakaknya, Ying. Tetapi kakaknya mengusir Mini keluar kerana beranggap dia berminat dengan Ying.

Mini, yang malang sehingga tiada rumah tinggal, dipelawa untuk menginap di rumah Eddie. Keadaan berubah baik apabila Mini mula membantu mengemaskan rumah dan kemudian Ying benarkan dia bekerja di restoran. Hubungan antara Ying dan Mini semakin hari semakin dekat dan mula menyukai antara mereka.

Suatu hari, Anna mengajak Eddie pergi ke parti harijadi peminat Anna, Kenny. Dengan perasaan iri hati, Kenny ingin kenakan Eddie semasa dia di tandas tapi Kenny sendiri yang terkena. Akhirnya, Eddie bertanding dalam Dance Battle dengan Kenny

Sebuah filem yang memberi gambaran Donnie yang berlainan dari filem2 aksi. Cinta cinta monyet dan lawak ada juga

#comedy

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI