5 Filem Horror Slow-burn Terbaik Yang Mampu Menghantui Hidup Anda

0
(0)

Tidak semua peminat filem seram menyukai filem yang plot yang terlalu pantas sehingga apa yang perlu disampaikan tidak mampu difahami dengan betul dan baik.

Disini terdapt 5 senarai filem seram Slow-Burn terbaik.

1. It Follow (2015)

Kehidupan seorang remaja menjadi haru biru setelah membuat sebuah kesalahan besar dalam hidupnya. Disebabkan itu, hidupnya terus didalam ketakutan. Dia merasakan ada satu makhluk sering memerhatikannya dan sering mengikutinya kemana sahaja.

2. Hereditary (2018)

Selepas kematian ibunya, Annie mengalami gangguan – gangguan misteri. Pada mulanya Annie tidak memperdulikkan tentang gangguan yang dialaminya. Tetapi lama-kelamaan gangguan tersebut mula mengancam nyawanya dan juga anaknya.

3. The Lodge (2019)

Selepas kematian ibu mereka, dua barik iaitu Aidan dan Mia telah mengalami trauma dalam hidup mereka. Enam bulan setelah kematian ibu, bapa mereka telah bertunang dengan wanita lain dan mengajaknya sekali bercuti disebuah kabin yang jauh didalam hutan. Keadaan Mia dan Aidan menjadi lebih rumit setelah bapanya meninggalkan mereka bertiga sendirian setelah bapanya terpaksa pergi atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

4. The Invitation (2015)

Setelah setahun bekas isteri Will, tiba – tiba dia dan kekasihnya mendapat undangan makan malam dirumah bekas isterinya dan suami barunya itu. Tetapi apa yang Will tidak tahu nasib Will dan kekasihnya bakal berubah sekelip mata.

5. The Witch (2015)

Sebuah filem belatar belakang tahun 1930 di England. Mengisahkan sebuah keluarga kecil yang tinggal di pinggir kampung bersebelahan dengan hutan tebal. Mereka hidup dengan mengasingkan diri dari masyarakat. Pada awalnya kehidupan mereka sekeluarga sedarhana akan menjadi kacau bilau setelah seorang demi seorang ahli keluarga mereka hilang.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI