Claudia Kim Adalah Bintang Antarabangsa!

0
(0)

CLAUDIA KIM PELAKON UTAMA CHIMERA MERUPAKAN BINTANG ANTARABANGSA

 

Tahukah anda, Claudia Kim yang merupakan bintang utama untuk drama siri Korea Selatan Chimera merupakan seorang pelakon antarabangsa yang telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung di Hollywood. 

 

Dalam Kdrama Chimera, Claudia Kim membawa watak sebagai Eugene Hathaway seorang pemprofil elit FBI yang pakar dalam bidang letupan bergandingan dengan bintang Squid Game Park Hae-Soo.

Claudia Kim amat fasih berbahasa Inggeris membuatkan beliau mudah mendapat watak dalam filem-filem Hollywood,selain itu perwatakan dan pesona kecantikannya memang tidak boleh disangkal. Bakat bintang kelahiran Korea Selatan yang telah membesar di Amerika Syarikat itu amat terserlah dalam beberapa filem lakonannya seperti Avengers: Age of Ultron(2015), Equals(2015), The Dark Tower(2017), dan Fantastic Beasts: The Crime of Grindelwald.

 

Watak meyakinkannya sebagai Helen Cho dalam Avengers:Age of Ultron dan Nagini dalam Fantastic Beasts:The Crime of Grindelwald pasti akan sentiasa diingati oleh para peminatnya.

Wanita cantik yang sudah berusia 36 tahun ini sudah mendirikan rumah tangga dengan soerang jejaka ‘Korean American’ dan kini sudah memiliki seorang cahaya mata.

 

Kariernya berkembang dengan cukup baik di negara kelahirannya Korea Selatan juga. Beliau ditawarkan pelbagai watak menarik untuk setiap drama lakonannya. Chimera drama bersiri terbaru lakonannya amat menyerlahkan bakat lakonan yang ada pada dirinya. 

 

Salah satu drama bersiri lakonannya yang tidak dapat dilupakan adalah Brain, sebuah drama bersiri Korea Selatan yang membawa konsep dan genre medikal perubatan buat tontonan semua. Walaupun Claudia Kim hanya membawa watak pembantu dalam siri drama tersebut, disitulah batu loncatan buatnya apabila selepas itu beliau mendapat banyak tawaran berlakon. 

 

Siapa sangka seorang pelakon pembantu kini muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri Chimera malah telah mencipta nama di persada antarabangsa bersama francais filem hebat dan ternama.

 

Claudia Kim merupakan salah seorang bintang Korea Selatan yang berjaya menyerlah di Hollywood seperti Lee Byung Hun, Rain, dan Jun Ji Hyun.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI