Intruders 2015 Spoiler Alert

4
(1)

Title: Intruders (2015)

Release Date: Julai 2015

Genre: Horror, Thriller

Anna mempunyai masalah untuk keluar dari rumah kerana dia menghidapi penyakit Agoraphobia. Anna menghidap penyakit itu semenjak bapanya meninggal dunia. Anna tinggal bersama abangnya yang sakit kerana cancer.

 

Setiap hari Danny penghantar makanan akan menghantar makanan kepada Anna. Pada suatu hari Danny memberitahu Anna dia akan berhenti menghantar makanan Anna kerana mahu berpindah dan menceri kerja yang lebih baik. Anna yang meminta Danny untuk tinggal dan ingin memberikan Danny duit yang banyak, tetapi Danny menolak dengan baik.

 

Semasa kematian abangnya, Anna masih lagi tidak dapat keluar dari rumahnya. Ketika dia seorang diri dirumah, rumahnya telah dipecah masuk oleh tiga orang lelaki iaitu J.P, Perry, dan Vance. Mereka masuk ke rumah Anna untuk mencari duit yang disembunyikan oleh abang Anna. Anna dapat menyembunyikan diri tetapi Perry perasan ada seseorang didalam rumah itu kerana api untuk memasak air hidup. Mereka mengetahui Anna berada didalam rumah, dia telah ditangkap dan diikat dikerusi. Anna dapat melepaskan diri, tetapi dia tidak mampu keluar. Perry yang melihat keadaan Anna sangat pelik. Perry membuatkn Anna duduk diluar rumah sehingga Anna terkencing ketakutan. J.P yang datang membantu Anna masuk kedalam. J.P meminta Vance membawa Anna menukar baju.

 

Semasa dibilik Anna Vance telah membuka ikatan kaki Anna. Dimasa yang sama Danny datang untuk melihat keadaan Anna kerana Anna tidak datang di perkebumian abangnya. Setelah dia mengetahui Vance, J.P, dan Perry memecah masuk rumah Anna dia memarahi Vance. Danny mengenali Vance. Didalam kekalutan itu Anna melarikan diri dan bersembunyi. Danny telah diikat di kerusi tingkat bawah.

Semasa Anna bersembunyi, Perry telah membunuh burung peliharaan Anna dengan kejam. J.P memarahi Perry. J.P meminta Vance mencari Anna yang sedang bersembunyi. Vance menjumpai Anna. Semasa Vance ingin menangkap Anna, dia telah di bunuh oleh Anna menggunakan gunting. Mayat Vance telah diheret ke bilik bawah tanah oleh Anna.

Semasa mencari keberadaan Vance, Perry dan J.P telah menemui sebuah bilik bawah tanah dan ada beberapa pintu yang tidak boleh dibuka. Mereka menemui mayat Vance. Perry melihat Anna dibilik lain tetapi dia tidak sempat mngejar Anna. Anna menekan sebuah suis yang membuatkan tangga yang menghubungkan tingkat atas dan bilik bawah tanah itu disembunyikan. Mereka berdua tidak dapat keluar dari bilik bawah tanah itu.

 

 

Diatas, Anna menutup semua pintu dan dia duduk bersama Danny. Danny minta Anna melepaskannya, Danny memberitahu Anna bahawa dia menceritakan perihal Anna mahu memberikannya duit kepada Vance dan membawa kepada rompakkan di rumah Anna. Anna telah mematahkan jari Danny dan mencampakkan Danny ke bilik bawah tanah tersebut bersama J.P dan Perry. Disebabkan jatuh dari tempat yang tinggi, Danny telah mmenglami kecederaan di lutut sehingga tidak boleh berjalan. Perry membantunya membetulkan kembali kepala lutut Danny.

BACA ARTIKEL 10 FILEM THRILLER TERBAIK

Dibilik lain, Anna memerhatikan tindak tanduk Perry, J.P dan Danny melalui sebuah monitor. Anna membuka pintu atas bagi memantau keadaan Danny, dia menyuruh J.P masuk kesebuah bilik untuk mengambil peti kecemasan. J.P melihat bilik tersebut lain daripada bilik yang lain. Bilik tersebut mempunyai set bilik tidur yang lengkap. Bilik itu seperti kepunyaan bilik kanak-kanak perempuan. Tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup J.P, telah terpisah dari Danny dan Perry.

 

Perry telah menjumpi sebuah bilik yang mempunyai pelbagai alatan penyiksaan dibilik itu. Tali gantung juga ada dibilik tersebutsemassa Perry mmelihat-lihat bilik tersebut dia telah diserang oleh Anna. Perry cuba menyrang Anna kembali tetapi gagal. Perry juga mati dibunuh Anna.

 

 

Di atas rakan Anna telah datang untuk melihat keadaan Anna. Semasa dia masuk kerumah Anna dia ternampak pintu rumah Anna pecah. Anna berbual dengannya sebentar dan menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja. Dan rakannya pun pergi setelah melihat Anna kelihatan baik. Keadaan dibawah pula, Danny telah mejumpai sebuah peti sejuk yang mengandungi mayat manusia. Danny sangat panik.

 

Anna turun dan meletakkan Danny yang kesakitan disebuah bilik kecil yang lain. Rupa-rupanya bilik tersebut adalah ruang yang bersambung dengan bilik dimana J.P telah dikurung. Di bilik bersebelahan, Anna memerhatikan J.P dan Danny menggunakan cermin kalis peluru. Anna berckap dengan mereka menggunakan mikrofon

 

Mengapakah terdapat banyak bilik dibawah tanah rumah Anna? Siapakah Anna yang sebenarnya? Kenapa ada sebuah bilik yang mempunyai bilik seperti bilik kanak-kanak perempuan? Saksikan Intruders untuk jawab setiap persoalan anda.

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI