6 AKTOR TERKAYA INDIA MENGIKUT RANKING

5
(5)

Aktor-aktor dari India terutamanya dari industri Bollywood ramai yang berjaya menempa nama di persada dunia. Kejayaan mereka ternyata membuktikan pada dunia bahawa India mampu melahirkan pelakon-pelakon bertaraf dunia. Pada tahun 2017, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar tersenarai di tempat ke 8,9 dan 10 untuk senarai Forbes bagi kategori Aktor dengan Bayaran Tertinggi di dunia. Pada tahun 2020 Akshay Kumar berjaya mendaki ke tangga ke6 senarai Forbes apabila berjaya mengumpul pendapatan tahunan sebanyak US$48.5 juta.

Berikut merupakan senarai 6 aktor terkaya di India :

1. Shah Rukh Khan – US$750 juta

India.com melaporkan bahawa Shah Rukh Khan meletakkan harga bayaran sebanyak US$13 juta untuk filem terbarunya iaitu Pathan. Pelakon yang kini berusia 56 tahun itu tersenarai antara pelakon paling kaya di dunia. Penglibatannya dalam 108 buah filem sepanjang karier telah berjaya meletakkannya sebagai pelakon terkaya di India. Seperti kebanyakan pelakon lain, Shah Rukh Khan juga turut mengumpul kekayaan melalui bidang lain seperti syarikat produksi miliknya dan pelbagai cabang perniagaan lain.

Red Chillies merupakan syarikat produksi yang ditubuhkan olehnya pada tahun 2003 dan telah berjaya menghasilkan banyak filem box office.

2. Amitabh Bachchan – US$400 juta

Aktor lagenda Bollywood ini telah berlakon dalam banyak filem yang telah berjaya mengangkat namanya. Antara filem yang tidak boleh dilupakan adalah Piku (2015), Pink (2016) dan Thugs if Hindustan (2018). Selain berlakon filem, aktor ini juga terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan. Menurut laporan Makaan, Amitabh Bachchan memiliki 5 buah banglo mewah dan 2 buah apartment mewah di Juhu, Mumbai. Selain itu pelakon ini turut memiliki tanah pertanian bernilai US$1.5 juta.

3. Salman Khan – US$260 juta

Menurut laporan Celebrity Net Worth, bintang filem Dabangg ini berjaya mengumpul pendapatan sebanyak US$40 juta sekitar tahun 2017 dan 2018. Bintang filem ini juga memiliki syarikat produksi sendiri yang dikenali sebagai Salman Khan Films, yang dikhabarkan berjaya mengumpul pendapatan sebanyak US$400 juta. Salman Khan juga muncul sebagai pengacara TV untuk rancangan 10 Ka Dum dan Big Boss. Selain itu aktor yang kini berusia 56 tahun ini turut menjadi duta jenama terkenal dunia seperti Pepsi, Suzuki dan Emami Healthy. 

4. Akshay Kumar – US$250 juta 

Satu-satunya pelakon India yang tersenarai dalam Forbes pada tahun 2020 iaitu Akshay Kumar telah berjaya meletakkan dirinya sebagai pelakon dengan bayaran termahal di India buat masa ini. Akshay Kumar menerima bayaran sebanyak US$15 juta untuk filem terbaru Aanand L.Rai iaitu Atrangi Re. Akshay Kumar juga adalah antara salah seorang pelakon Bollywood yang memiliki jet peribadi sendiri.

5. Aamir Khan – US$205 juta 

Kejayaan filem Dangal yang berjaya mengutip box office sebanyak US$340 juta telah membuktikan aura kehebatan pelakon ini. Seterusnya Aamir Khan terus gemilang dengan filem-filem lain yang berjaya mengutip keuntungan sejumlah US$300 juta, PK (2014) dan juga Secret Superstar (2017). Aamir Khan juga menjadi duta untuk banyak jenama terkenal dan mengenakan bayaran sebanyak US$1.5 juta untuk setiap kempen. Terbaru, pelakon ini muncul untuk jenama tayar CEAT Tyres.

6. Kamal Haasan – US$100 juta 

Pelakon filem lagenda Tamil ini telah berjaya mencipta nama berdekad lamanya. Kamal Haasan muncul dalam filem-filem hits seperti Biwi No 1, Chachi 420, Hey Ram dan banyak lagi. Pada tahun 2017, pelakon ini merupakan pengacara bagi rancangan Big Boss Tamil yang menjadi trending dan digemari oleh penonton-penonton India Selatan. Pelakon itu dikhabarkan dibayar sebayang US$2 juta untuk musim tersebut. Selain itu pelakon ini turut aktif dalam bidang politik dan perniagaan.

 

Sumber : STYLE 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI